I Survived MRSM ! ( Part 8 )
Few months after jadi bwp , aku perasan aku banyak tak fokus dalam kelas . Fikiran aku dah lari pada benda kaitan dengan tugas aku . Pada awalnya agak susah untuk aku manage masa aku supaya aku boleh bagi 100% komitmen untuk semua benda . Lama kelamaan , aku dah mula terbiasa . Aku dah mula terima semuanya dengan positif dan hati yang terbuka . Bukan senang , tapi aku cuba .
Aku pemegang kunci pagar mawar , sebabkan bwp yang ada kat mawar , 2 orang je tahun tu . aku dan syahirah . kami bergilir ikut minggu , tapi dia kerap bagi aku yang pegang sebab dia susah nak bangun . aku ok je . dah menjadi rutin aku untuk bangun pukul 4.30 pagi , berjalan dari aras 2 , pergi bukak pagar . hampir setiap hari . tipulah kalau aku cakap aku tak penat . kadang2 aku terlajak jugak la sampai ada orang yang datang bilik aku kejut mintak kunci . mana tak nya , tidur lewat nak pastikan semua dah lights off . jujur aku katakan , penat sangat .
teringat pulak waktu pertama kali aku pengsan . masa kelas BM cikgu fadhilah . waktu tu cikgu suruh semua orang berdiri . time tu kepala aku berdenyut teruk . sakit sangat . aku malas nak bagitau yang aku sakit . tapi tak lama lepas aku berdiri , aku tak tahan . aku berpaut pada nurrita . kuat . aku rasa tak mampu sangat , aku tak sedarkan diri . semua terkejut . barangkali kalau aku masih kat 18 , semua orang rilek . aku dah selalu kena . cikgu kabut , classmate kabut . yang tahu manage masa tu , safiyyah . sebab dia je dari 18 yang tahu macam mana nak settle kan aku . dia ikut cg fadhilah bawak aku pergi hospital .
aku masuk wad kecemasan . ambik masa agak lama untuk aku sedar . bila dah sedar pun aku tak boleh terus nak bukak mata . sebab sakit masatu sampai tak boleh nak bukak mata . bila dah sedar , tangan aku dah bercucuk masuk saline water dengan ambik darah .
bila dah settle tu , sebelum nak balik , cikgu bawak aku g makan kat cafe hospital . tengah nak makan , van maktab lalu situ , stop . rupanya pn. fatimah datang tengok aku . masatu aku nak nangis dah , tapi control la , pasal nak makan en .
"baru hari kedua lepas pelantikan bwp , awak dah pitam . stress ke ? awak sakit ke ?" puan fatimah tanya . aku senyum je . aku cakap , "dr. kata darah saya rendah" .
puan fatimah ambik tangan aku , tengok tapak tangan aku . "pucatnya tangan awak" . dia tengok pulak muka aku . "bibir awak pun pucat" . "awak sampai maktab nanti , duduk sickbay , rehat . makan ubat . nanti mintak tolong kawan hantar makanan" dia bagi nasihat . aku akurkan aje .
dah sampai maktab , tppp pulak datang kat aku . "kamu ok tak ?" . aku angguk je . "haih , macam mana ayah awak boleh rilek awak jadi cam ni . ayah awak kata dah biasa" dia bebel , aku senyum je .
aku singgah kelas , nak ambik barang . aku agak terharu bila semua tanya aku ok ke tak . aku senyum je tapi muka aku pucat lesi . penat , tangan aku dah bercucuk . aku nak rehat je masatu .
sampai je sickbay , aku nangis . aku marah diri sendiri . aku salahkan diri aku atas apa yang aku alami . semua sebab aku . aku tension . ditambah2 dengan tugas aku sebagai setiausaha bwp , aku lagi tertekan masa tu .
pernah ada sampai satu tahap , aku rasa nak letak jawatan . bagi aku , ada yang lagi layak untuk jawatan aku . pernah aku masuk bilik tppp , disuruhnya aku fikir balik . sebab ni melibatkan akademik dan kokurikulum aku . takkan dalam sakit2 ni nak buat jugak .
aku runsing . aku buntu sangat masatu . aku taktahu apa nak buat . aku terpaksa skip meeting byk kali . aku terlepas update bwp utk aku buat minit mesyuarat . tapi , Alhamdulillah , aku ada rakan setugas yang memahami aku . tolong salinkan content untuk aku buat minit . diorang bagi komitmen . aku bersyukur sangat masa tu . like i dont know how to thank them .
ingat tak yang kitaorang ada benchmarking from mrsm subes . time tu , aku paling tak puas hati dengan syahmi . pasal , dia balik awal . aku pelik , asal dia boleh rilek balik awal atas alasan dia penat padahal masatu ada banyak lagi benda tak settle . time tu aku rasa tension betul . like "weh , kau presiden kot . main la peranan . takkan kitaorg je buat kerja . kau ketua bukan boss !!"
tapi aku tak suarakan pun ketidakpuasan hati aku . aku malas . instead of syahmi , ada lagi 2 orang yang aku cam "DDEYYYYY" pun sama .
tapi alhamdulillah syahmi makin lama makin bagus . dia dengar nasihat . dia amik pengajaran . bagus la . suka hehe . tapi about those 2 guys , sampai ke hari nak pencen aku masih tak rilek . aku ni mudah , kalau aku betul2 tak suka , aku tunjuk yang aku tak suka . aku kuat perli orang . astaghfirullahhhhh . jangan la contohi perangai aku hm .
first event yang kitaorg handle ialah Penutupan Hari Kebangsaan kot kalau tak silap . first time kan , banyak la kurang nya . majlis pun tak smooth sangat . dengan text doa takde nya , berapa minit sebelum majlis start la aku baru nak menulis . nasib baik ya Allah aku sempat siapkan .
banyak cacat cela sebenarnya majlis tu . cuma sedar atau tak je . tapi betullah orang kata , pengalaman itu mematangkan . since that event , kami banyak improve untuk next event . im seriously happy to work with this kids haha . ok lah , dah lama tak update kann . sorry laa saya busy , tak menyempat .
Comments
Post a Comment