I Survived MRSM ! ( Part 7 )
ingat lagi tak cerita aku tolong budak f1 pepagi buta tu ?
ha , dalam perjalanan balik tu , aku kena interview dengan cikgu siddiq . macam2 la dia tanya pasal aku . and suddenly dia tanya satu soalan ni . "eh , kamu taknak amik borang bwp ke ?" aku terdiam sejenak . aku tak tahu sama ada aku perlu ambik ataupun tak . aku ragu2 . aku tak yakin aku boleh balance kan tanggungjawab aku dengan studies aku atau tak . aku takut result aku drop .
"saya tak yakin la cikgu" aku jawab direct . macam2 cikgu cakap semata2 nak convince aku . sampai aku nak balik bilik , aku masih buntu .
dalam seminggu waktu borang bwp dibuka , dua tiga kali jugak la aku mesej cikgu mintak pendapat . and benda yang paling aku ingat sampai yakinkan aku untuk ambik borang , ialah "you ambik je borang tu , all those skills you can develop it after u dapat" .
aku pun ambik borang tanpa ragu2 selepas tanya pendapat parents aku , dormmate aku and others la . aku ambik , aku isi dan aku hantar . aku taknak tengok borang tu lama2 . aku takut . hujung minggu tu , aku join nadwah islamiah mrsm se malaysia dengan syahirah , yana khalele and fatimah . sumpah , it was fantastic ! i gain a lot of experiences ❤ pagi time majlis penutup , fon aku vibrate . aku tengok , it was message from hadi .
"esok ada interview bwp kat bilik tayangan pukul 3 . kita satu sesi" . aku dah mula cuak . aku dah tak senang duduk . last aku kena interview waktu form 1 dulu before nak jadi pengawas pusat sumber . sepanjang perjalanan dari serting nak ke maktab buat aku buat benda serba tak kena .
tiba lah hari interview , orang yang menginterview aku , madam 'ainaa , penasihat homeroom aku dengan cikgu yani , kaunselor . aku kena psycho teruk dengan cikgu yani . jujur aku kata , mental aku tak berapa nak kuat dulu dan sekarang . hati aku hati tisu . aku hampir menangis dlam interview lepas aku kena tengking . aku tersentak . aku betul2 tak mengharapkan jawatan ni . aku tahu aku tak boleh . sebaik selepas aku keluar dari bilik interview , aku nangis sehabis mungkin . aku tahu aku takkan dapat dengan apa yang aku jawab .
tiba lah hari jumaat . mesyuarat agung bwp kali pertama . lepas semuanya tamat . ada pengumuman calon2 bwp yang lulus interview . aku duduk sebelah safiyyah waktu tu . aku cakap kat safiyyah , "intan tak mintak banyak , mintak Allah bagi yang terbaik je untuk kita" . safiyyah pun angguk aje . pengumuman bermula . satu demi satu nama disebut .
"INTAN NURHAFIZA BINTI ZULKIFLI" umum cikgu waktu tu . aku cakap pada diri sendiri , "ini yang terbaik untuk aku"
aku jalani hari2 aku seperti biasa waktu minggu berkempen . aku tak berkempen . yang berkempen untuk aku sebenarnya , dormmate aku . terima kasih kepadaNya kerana hadirkan orang2 yang memberi manfaat dalam hidup aku . mereka berkempen untuk aku sampailah hari nak undi . masih bising2 suruh undi aku ceh .
khamis malam di surau sheikh idris al marbawi . tppp , encik haniff umumkan keputusan pilihanraya ceh . diumumnya jumlah undi bagi setiap satu calon yang bertanding . tiba lah nama aku , 600+ undian . aku tak cakap banyak . aku rasa satu bebanan atas bahu aku sebenarnya . aku mula risau prestasi aku dalam periksa nanti macam mana semua . tapi aku percaya , ada hikmah atas semua ni . aku percaya rahsia Allah .
seminggu selepas umum , watikah perlantikan masih belum berlansung . ni pasal syahmi dengan umar pi konvensyen kepimpinan kat jb . lepas diorang balik tu barulah watikah perlantikan dijalankan .
and actually , beberapa hari sebelum majlis tu , kak sarah (ex bwp) panggil kitaorg bwp puteri kumpul kat bilik dia . like wah , nampaknya runsing betul nak pilih setiausaha . kak sarah seems to target zikrina to be setiausaha . tapi zikrina choose to be bendahari . almost 15 minutes , takde siapa nak jadi setiausaha . sampailah ada orang angkat tangan , "biar saya jadi setiausaha" dan ya , orang tu aku . aku pun taktau la kenapa aku pegi volunteer angkat tangan .
time tu semua orang dalam bilim tu terkejut . pandang aku lain macam . macam besar sangat salah aku buat keputusan ambik jawatan tu .
perjumpaan pertama selepas jawatan dah ditentukan , aku yakinkan satu bilik mesyuarat tu yang aku boleh jalankan tugas aku dengan kekurangan yang aku anggap kelebihan yang ada pada aku . obsessive compulsive disorder (ocd) untuk jaga bilik bwp , board . tapi dengan syarat , semua ahli bwp bagi kerjasama jugak sebab apa guna ada rakan sejawat bukan ?
aku siapkan semua fail 16 orang , dengan bantuan member mw209 . aku mengaku , aku tak boleh nak buat semuanya sendiri . semuanya atas bantuan yang Allah hantar melalui dormmate aku yang baik2 belaka hehehe .
oh kejap , cerita dulu la member2 sejawat ni ;
syahmi azman (president)
zairina jais (vice president)
ardy shammi (timb. pres 1)
abi ashraf (timb. pres 2) (sorry la abi , berapa banyak kali type nama kau pun aku confuse h ke y)
zikrina (bendahari)
umar mukhtar (exco kerohanian)
afiq zakaria (exco sukan)
naufal hakim (exco akademik)
hakim najuib (exco komunikasi)
hadi nazari (exco kebajikan)
hani nazurah (exco puteri)
yus sharlya (exco homeroom)
jaslin arissa (exco makanan)
syahirah nabilah (exco keusahawanan)
ain hidayah (exco kebudayaan)
tak lama lepas pikuk amanah , kami didatangkan dengan benchmarking daripada mrsm sungai besar yang sememangnya ada hubungan dengan mrsm sas . kami terpaksa stay up sampai pukul 3 pagi semata mata nak siapkan semua benda dalam satu malam .
shoutout to abi and hani sebab sanggup settlekan board bwp dalam gelap dan berbekalkan lampu suluh fon cikai sahaja . thankyou a loootttt ❤
yes , aku sendiri percaya 3 bulan pertama memegang jawatan adalah dugaan terbesar kami . sebab kami batch baru , kami tak berapa nak adapt dengan student lagi . tapi day by day , we learnt a new lesson . we keep developing ourselves . tak mudah , tapi tak mustahil . we even pencen dengan penuh jayanya ceh hahahahahaha .
a huge appreciation to my penasihat bwp yang stay dari awal sampai habis , cikgu amimi . banyak yang saya dan rakan2 belajar dari cikgu . every ups and downs has it own hikmah . cikgu layan kerenah kami . sentiasa bantu kami dalam semua aspek . tak lupa jugak , cikgu wan amir , yang sentiasa beri semangat kepada kami agar kami tak cepat putus asa . cikgu ili , cikgu firdaus , cikgu siddiq and also cikgu ummi mariana .
setahun kerja dengan diorang takkan tak banyak cerita , banyak je hahahhaaha . dekat part lain okei . have a nice day semuanya hehe 💕
Soalan apa yg ditanya dalam interview tu?
ReplyDelete