I Survived MRSM ! ( Part 3 )

Let's return about homeroom aku .

In 2017 , homeroom aku ialah Ibnu Khaldun 4B . Kalau ada apa-apa , homeroom aku mesti giliran last sekali . Aku sendiri tension . Sebab 2 weeks lepas aku masuk , ada minggu aktiviti . Ada jalan lasak , puih haram habis la . homeroom aku dah la gerak last sekali , maka aku dengan paah adalah orang paling last sampai sampai RELA dah nak angkut kitaorg pasal lambat nau jalannya .

Aku memang anti la dengan homeroom aku pasal ada orang yang arah2 kan buatkan aku annoyed . Tapi at the same time aku takut dengan dia . Aku ingat lagi , malam sebelum jalan lasak , f4 dengan f5 kena kumpul kat surau sebab nak bagi kain , suruh buat bendera . Time tu aku fikir .... 'gila ke nak suruh siap bendera satu malam je ?', dan aku rasa aku silap , sebab yang gila nya aku dan rakan2 homeroom aku sebab kitaorg terpaksa kerjakan bendera tu satu malam .

ok la , shoutout to vainqueur sebab berjaya siapkan bendera jalan lasak satu malam je hahaha

bila berjalan esok nya , homeroom aku semua haram jaddah egoistik yang tinggi tinggalkan kitaorg kat belakang . pastu bila kat checkpoint , yang lambat ni dipersalahkan puih puih puih . dasar firaun semuanya . and literally i didnt enjoy the jalan lasak thingy , dah la panas , rehat pun solat dekat tempat yang kecik je ya Allah hampir mampus akuuuu . balik2 je muka rentung habis , and fyi , kesan rentung tu sampai sekarang ada tau takkk 😭 tapi , it did bagi pengalaman la cuma pengalaman pahits huhuhu

The next thing dalam activity week , UNGA . I enjoyed unga like really much . Ya la , aku tahu at least pasal other country , taste the food and benda paling best , performances is the bestt hehehehe . Cuma bila terjumpa balik gambar dulu , peh lepu habis la hahahahaha .

Dalam minggu tu jugak , saya buat comeback ohyeahhhhh .

"Siapa pelajar perempuan f4 nak join nasyid boleh datang audition dekat tepi bilik seni time prep petang" someone bagi announcement ikut pintu belakang .

Aku tersentak , bab nyanyi2 ni bab favourite aku . Dari aku darjah 2 lagi benda ni jadi hobi aku . 'Aku kena join , aku dah lama tak buat . Jadi backup pun jadila' aku bisik sendiri , sebab aku rindu nak perform . Aku rushing , siap2 pergi tepi bilik seni sebelum tiba waktu . Aku expect aku orang pertama , rupanyaaaa ramai lagi dah duduk kat situ training . Bila fikir balik sekarang , kelakar dooo . Aku tunggu turn aku . Dalam kepala aku tgh brain lagi lagu apa aku nak bawak . Then , aku teringat lagu yang paling aku power kononya , Sumayyah . Aku practice slow2 je la . Dah la sorang je 2nd intake kat situ . yang lain semua 1st . aku rasa cam tak layak nak ada kat situ . and like , 'beraninya kau intannn'

"Intan , turn kau" ada suara panggil aku . Aku nervous padahal audition dengan f4 jugak kahkahkah . Aku pun duduk depan diorang , sebelum aku nyanyi , aku tutup mata , aku cakap kat diri sendiri , 'tak dapat redha intan . kalau dapat backup je pun bersyukur okei'

Aku pun mula . Tiba2 aku disuruh nyanyi part chorus . Nak test part tinggi . Aku buat . Dah habis nyanyi , diorang pegang aku , "kitaorg amik kau , kau solo" . Aku tak reti nak expresskan betapa gembiranya aku masa tuuu . Aku seronok . Maka , latihan demi latihan diadakan . Lagu first , lagu aku . Lagu second , lagu istikharah cinta . Then , tibalah malam yang menjadi debaran untuk aku dan rakan yang lain . Geng2 nasyid aku , Tasneem , Anis zahirah , Yus , Ana , Nina . Percusion , zai dengan paah .

Tengah2 nyanyi , part chorus . Aku stop . Aku lupa lirik . Aku spoilkan the whole performance . Tapi , anis bisik kat aku , so aku kembali dengan confident . Aih , malu teruk aku dibuatnya . Nasib baik semua perempuan malam tu . Takde la aku kelam sangat .

The whole activity week buatkan aku takboleh duduk diam . Sebab aku acah2 nak jadi pasif la . Taknak disedari oleh orang . Nak belajar , nak berjaya , nak cau . Tapi tu la , jiwa dalaman ku memaksa aku untuk jadi diri sendiri .

First month sangat2 struggle untuk aku sebab aku dalam dilema nak keluar ke tak . Aku tak tahan duduk situ . Aku nak balik sekolah lama aku . Tapi , MW209 salah satu sebab kenapa aku stay .

Ada satu masa awal2 tu , MW209 tengah kabut . Ini tak puas hati dengan ni , yang tu tak suka ni dengan tu . Zal dengan anis nak keluar maktab . End up dia , aku buat meeting . Bincang , luahkan , cakap apa yang masing2 nak cakap . It does takes time , but finally it brought happiness to us . Biasa la tu , kebahagiaan bukan senang nak hadir , ambil masa . Just enjoy the moment eventhough how hard it was . Tapi time tu aku rasa , aku yang paling hebat betulkan keadaan (perasan habis) . Kononnya , ketua dorm berwibawa la hahahaha .

Teringat waktu zal pindah . Masing2 dari kami , mintak excuse nak pergi tandas , padahal nak jumpa zal , cakap goodbye semua . Dahla masing2 kelas lain . Aku , alisa ngan jazemin , berlian . Farisha , delima . Anis , intan . Aisyah mohd , nilam . Ayu , topaz . Masing2 pakat keluar sekali . Jumpa zal dekat foyer . Satu-satunya benda yang zal tinggalkan untuk bilik tu , cermin panjang yang dia bawak dan ada tandatangan dia kat bawah tu . Haih , rindu pulak .

boleh jadi sampai berpuluh2 chapter sebab aku nak cerita pasal semua benda yang aku ingat . so , stay tune . mana tahu nama korang mungkin ada kat sini hahaha ok byee .

Comments

Popular posts from this blog

عطلة

I Survived MRSM ! ( Part 2 )

I Survived MRSM ! ( Part 1 )