STUDY ?

Haih , aku paling pantang bila orang tanya aku camni

"Kau dah study ?"

Mohon jangan tanya ye . Aku sepuk kang . Sebab memang aku jawab belum . HAHAHA . Pastu ada yang sambung lagi

"Ala , kau tak yah study pun x pe , result exam still gempak"

Haa , ni lagi baik punya mulut . Sayang mulut siapa yang cakap ni . aku cakap aamin je kalau orang cakap cemnii .

Ye , aku bukan seorang yang rajin menyetudy . bukan ulat buku sbb aku manusia bukan haiwan . HAHAHA . Just macam kadang tu sedar la yang penat penat mak ayah aku hantar aku pergi sekolah en . Takkan la aku nak bagi result C D E F berderet en . So , aku pun merajinkan diri yang malas ni , study . And , aku bukan pelajar yang gifted mcm adiputra tu . mmg dilahirkan pandai . bukan aku bukan jenis tu . aku juga bukan pelajar cemerlang macam aiman yazid (ex tablemate darjah 5 , ex classmate darjah 6 yang memang pandai , ex SMKS 18 ) , bukan macam mawaddah khairol (classmate 2015) maaf ye sayg kerana beta memention namamu di dalam blogger beta yang serba kekurangan ini .

Aku tak sebijak mereka . Sorry .

"Cane kau belajar dalam kelas ?"

Cara aku belajar dalam kelas , 360 darjah berbezanya dengan mawaddah belajar dalam kelas . Kepala otak aku selalu fikir benda lain dalam kelas , tu yang kadang stress dalam kelas . Tips hilangkan stress , kita pakai teknik pernafasan alpha . (2-4-8) . 2 saat tarik , 4 saat tahan , 8 saat lepas . sangat relaxing . aku dapat ni dri pak imam u2 , haritu aku semput dia suruh buat tu , tak sangka la sayang betul pak imam tu kat aku . MOHON PAK IMAM TU BACA . dan korang boleh sambung belajar macam biasa . tapi kadang aku mmg x boleh control stress , tu yang bawak sampai pengsan . OK PADAN MUKA DIRI SENDIRI  . Pastu aku ni senang meroyan kalau tak faham apa yang cikgu kat depan cakap . pastu aku ni bukannya jenis yang suka tanya cikgu dalam kelas . aku suka privately tanya cikgu . aku sanggup berlapar semata mata nak tanya cikgu zaiton yang amat disayangi soalan math yang aku x faham . sanggup balik asrama lambat semata mata nak tanya cikgu pasal sains . kadang bila tak faham lansung apa yang cikgu cakap , kita balik rumah bila minggu asrama balik atau minggu ayah dtg lawat , kita tanya  berjuta soalan yang kita x faham kat ayah . tu mmg cikgu bergerak . sambil drive pun boleh ajar . MOHON KEMBANG YE AYAH .

ala ,ceni je . TAK FAHAM ,TANYA .

ada cerita sekali tu , aku tak faham sains bab 6 (TEKANAN UDARA) , aku tanya mawaddah , aku tak faham . pastu aku fikir la , aku nak tanya sapa lagi ni , dalam kepala otak aku ingat , pelajar matapelajaran terbaik sains 2014 , Anis . Ok , aku pergi kat Anis dengan harapan seluas laut dia boleh fahamkan aku kot , aku tanya dia , respon dia "Jangan tanya aku , aku x reti , tanya fathi" . Aku pun tanya fathi "fathi , ni camne ? aku x faham" respon same cam anis . and , time tu , aku rasa down .   dan aku menangis , sambil fikir , KENAPA ORANG LAIN BOLEH FAHAM , TAPI TAK BOLEH FAHAMKAN ORANG . Aku mmg struggle kat topik tu sebab mmg 0 bab tu . ending dia , aku balik rumah , aku tanya ayah aku . 5 minit dah settle . time tu aku fikir , KENAPA BENDUL SANGAT AKU BAB SENANG PUN TAK FAHAM ?

konklusi diatas konklusi ,

TAK FAHAM TANYA .


Wallahua'lam
Sunday
27 Sept 2015
1810

esok cuti ekoran bencana jerebu . 281 .

Comments

Popular posts from this blog

عطلة

I Survived MRSM ! ( Part 2 )

I Survived MRSM ! ( Part 1 )